Isnin, 25 April 2011

Remaja kita

Harap-harap kepak puan
tidak puan kepala bali
harap-harap kepada kawan
kawan sendiri cabut lari

Apa guna kupuk di ladang
kalau tidak berisi padi
apa guna hidup membujang
tidur malam syok sendiri

Sayang tempua duduk di batu
sayang cempaka di buang layu
orang muda melepaskan rindu
orang tua menanggung malu

timang tinggi-tinggi
dapur tak berasap
bila besar nanti
duduk dalam lokap

PEMIMPIN KITA.

Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji diatas peti
hutang emas tidak terbayar
wang rakyat di bawa lari

Malam mengimpin anta berbunyi
kukur bertih di dalam kuali
orang miskin bertanam padi
orang kaya datang mencuri

Makan ubi bergurau senda
makan bersantan gula kelapa
orang miskin teruk bekerja
orang kaya duduk sahaja

Tudung periuk pandai menari
menari lagu putera mahkota
kain yang elok bawa kemari
untuk mengesat proton saga

Sikap menohong
gelama ikan duri
bercakap bohong
bolehkah jadi menteri??

Kiri jalan,kananpun jalan
di tengah-tengah pohon mengkudu
kirim jangan pesanpun jangan
sama-sama kepala batu

Sorong papan,tarik papan
buah keranji di dalam perahu.
suruh makan tuan makan
suruh mengundi haram tak mahu.

Jumaat, 22 April 2011

DISINI GELAP YANG TERANG

DISINI GELAP YANG TERANG
KHAYALAN MENJADI TERLALU TAJAM
DAN KATA-KATA MERAUNG
BERMAKNA

PUISI YANG KITA BACA DI SINI
KEMBAR HARUM DARI DASAR HATI
INDAH SANTUN OLEH HIAS BUDI

PADA PUNCAK CINTA KITA
SUARA KITA MENJADI SEKATA
RASA CINTA DAN SAYANGNYA.

hati kekasih

awan berat berpeluk erat lesu pegangan
tergelungsur jatuh terburai melimpah menikam hati
teratai terkulai sesak lesu dalam kekeringan
kembali menari lemah di rimba hati

melihat kasih berhujan menusuk hati
kanda terbawa hati kenangan di zaman bahari
menjulang cinta menjunjung kasih
melimpah sayang
bila pulakah menyusul lagi zaman begini.?

Patah berdetak hati ku ini,di petang sunyi
malam berlari berandang bintang menggetar bulan
Di rimba hati kanda tersungkur mencari dinda
Bintang berpesan dinda menyuruh kanda berjuang

Awan berat sekali lagi lesu Pegangan
terburai melimpah menikam hati
di malam sunyi

pada malam kuyup di cium hujan,Kanda berjanji..
“kanda berjuang kerana adinda, untuk ku miliki”
Adinda bak air mengintai jernih dipadang pasir
Untuk kanda mengemis dahaga merindui bahagia

Tafsiran khayalan

Menungkah arus,khayalan sendiri,
lamunan jau,semakin sepi
bangkitnya ilham,bangkit merasa
di petak minda,di sudut jiwa.

Dihujung pena,pada kertas hati
tertulis punya,perasaan sendiri
ingatan menerpa,diri yang tahu,
siapa??,mengapa??

Pada alam bias ku
sampaikan andaian,
wangi debunga
kasih yang mengharum

Itikah intan,atau kaca permata
terpaku diri ku melihat sinarnya
andai gugur,daunan yang layu
maka hilanglah,tempat
untuk ku berpaut
pada dahannya.

KENANGAN SEMALAM

rindu dendam memanjang dalam da dara dan bujang
kasih saying mendalam menikam kedaging dan tulang
pada pertemuan ada hajat memesrakan hubungan rapat
pada perjanjian ada dekad pantang
padat bercabang hasrat ku

lalu pada rindu ,kasih jernih dan rasa mesra
bersualah cinta sam-sama berkaca cahaya manja
padat pada satu janji sehidup semati
dalam berjuang untuk hati juga untuk cinta suci

demikan kenangan semalam
memendam kesan dalam ingatan
demikian pertemuan saying dalam
merindukan kebahagiaan.

UNTUK MESRA KU

Di dalam hati melimpah rasa
Ada sayang untuk mu mesra ku
rasalah kemesraan suara manja
Diseberang selat saying ku ada
terlalu manja mendalam rasanya
sakti apa yang ada pada mu
membawa manja,rindu,mu selalu
Pada bintang menggetar tenang
selalu benar ku tumpang Tanya
“rindukah sidia pada ku seorang”
“si kelana hina rimba kelana”
Kadang bintang mengejek pada ku
dan lokek pula member jawapan
lalu luluhlah harapan kalbu ku
sepilah,hampahlah dan lelah
Kadang pula bintang bertimbang rasa
“usah risau duhai jejaka”
“kasih sidia hanyalah pada mu sahaja.”