Isnin, 25 April 2011

PEMIMPIN KITA.

Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji diatas peti
hutang emas tidak terbayar
wang rakyat di bawa lari

Malam mengimpin anta berbunyi
kukur bertih di dalam kuali
orang miskin bertanam padi
orang kaya datang mencuri

Makan ubi bergurau senda
makan bersantan gula kelapa
orang miskin teruk bekerja
orang kaya duduk sahaja

Tudung periuk pandai menari
menari lagu putera mahkota
kain yang elok bawa kemari
untuk mengesat proton saga

Sikap menohong
gelama ikan duri
bercakap bohong
bolehkah jadi menteri??

Kiri jalan,kananpun jalan
di tengah-tengah pohon mengkudu
kirim jangan pesanpun jangan
sama-sama kepala batu

Sorong papan,tarik papan
buah keranji di dalam perahu.
suruh makan tuan makan
suruh mengundi haram tak mahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

puisi-ku